Tuesday, August 12, 2008

Mahkamah Tolak Petisyen Pilihanraya BN


Mahkamah tolak 3 petisyen p'raya BN


Aug 8, 08 11:30am


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan pilihanraya umum kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, Kuala Sapetang dan Kuala Kurau.


Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sapetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.


Keputusan hakimHakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menolak kesemua petisyen dengan kos.Menurut Bernama, dalam petisyennya bagi memohon pengisytiharan bahawa pilihanraya bagi kerusi Kuala Kurau adalah terbatal, Mohd Salleh mendakwa responden atau pekerjanya dilihat berada dan cuba memujuk pengundi di sekitar 50 meter dari tempat mengundi di Sekolah agama Al-Hidayah.Hakim Wan Afrah bagaimanapun berkata perbuatan berlegar di kawasan 50 meter dari tempat mengundi bukan merupakan sebahagian daripada pilihanraya.


Bagi kerusi Lubuk Merbau, Jamal Nasir dalam petisyennya, mendakwa responden pertama iaitu Mohd Zainuddin, telah melakukan perbuatan rasuah apabila memasang kain rentang yang tidak mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya.Dalam penghakimannya Wan Afrah berkata pempetisyen gagal menyatakan dengan jelas orang yang didakwa melakukan rasuah selain gagal membuktikan dakwaan rasuah itu ada kaitan dengan pilihanraya berkenaan.


See, dalam petisyennya bagi kerusi Kuala Sepetang, mendakwa antara lain kononnya satu kertas undi pos sengaja dicampur bersama undi yang ditolak.Hakim Wan Afrah bagaimanapun berkata, sekalipun jika peraturan yang berkaitan tidak diikuti, dalam pengundian bagi kerusi berkenaan, satu undi tidak membawa kesan kepada keputusan itu.


( dipetik dari Malaysiakini )

No comments: