Wednesday, August 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA
DARI KERAJAAN UMNO DAN AVRIL LAVIGNE

INI DITAJA OLEH YAYASAN ISLAM HADHARI


Kerajaan akhirnya meluluskan permit konsert Avril Lavigne dikala umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Satu lagi projek Islam Hadhari umno untuk memusnahkan masa depan agama dan bangsa.







Thursday, August 21, 2008

Terima Kasih

Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS memerhatikan persiapan majlis Perasmian Muktamar

Para Perwakilan, pemerhati dan tetamu memenuhi Dewan Indera Mulia sepanjang Muktamar


Ketibaan Tuan Guru Nik Aziz disambut oleh Dato' Kamaruddin

Ust Haron Din mengupas tentang isu muqabalah


Kehadiran Sdr Azhan ( Calon Juara akademi nasyid ) dan Sdr. Wazi Abd Hamid ( bekas juara cup prix asia ) ke muktamar





Terima kasih kami ucapkan kepada semua perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS ke-54 yang diadalan di Ipoh 13-17 Ogos 2008 yang lalu. Kepercayaan tinggi yang diamanahkan oleh pimpinan PAS untuk kami laksanakan agenda terbesar dalam kalendar jemaah telah cuba kali laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan sedaya upaya kami. Kami memohon maaf sekiranya sepanjang muktamar, ada kelemahan dan kesilapan yang tidak kami sengajakan.



Buat perwakilan dan pemerhati dari kawasan Lipis dan Cameron yang sudi menginap di markaz kami, kami ucapkan ribuan terima kasih dan jemput datang lagi.



Tuesday, August 12, 2008







mandang gambor kome?














Mahkamah Tolak Petisyen Pilihanraya BN


Mahkamah tolak 3 petisyen p'raya BN


Aug 8, 08 11:30am


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan pilihanraya umum kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, Kuala Sapetang dan Kuala Kurau.


Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sapetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.


Keputusan hakimHakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menolak kesemua petisyen dengan kos.Menurut Bernama, dalam petisyennya bagi memohon pengisytiharan bahawa pilihanraya bagi kerusi Kuala Kurau adalah terbatal, Mohd Salleh mendakwa responden atau pekerjanya dilihat berada dan cuba memujuk pengundi di sekitar 50 meter dari tempat mengundi di Sekolah agama Al-Hidayah.Hakim Wan Afrah bagaimanapun berkata perbuatan berlegar di kawasan 50 meter dari tempat mengundi bukan merupakan sebahagian daripada pilihanraya.


Bagi kerusi Lubuk Merbau, Jamal Nasir dalam petisyennya, mendakwa responden pertama iaitu Mohd Zainuddin, telah melakukan perbuatan rasuah apabila memasang kain rentang yang tidak mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya.Dalam penghakimannya Wan Afrah berkata pempetisyen gagal menyatakan dengan jelas orang yang didakwa melakukan rasuah selain gagal membuktikan dakwaan rasuah itu ada kaitan dengan pilihanraya berkenaan.


See, dalam petisyennya bagi kerusi Kuala Sepetang, mendakwa antara lain kononnya satu kertas undi pos sengaja dicampur bersama undi yang ditolak.Hakim Wan Afrah bagaimanapun berkata, sekalipun jika peraturan yang berkaitan tidak diikuti, dalam pengundian bagi kerusi berkenaan, satu undi tidak membawa kesan kepada keputusan itu.


( dipetik dari Malaysiakini )

Friday, August 8, 2008

PERHIMPUNAN AMAN

SEGERA
Kepada seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang politik, mari kita sama-sama berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap Majlis peguam yang membincangkan secara terbuka tentang undang-undang Islam. mari kita berhimpun untuk menunjukkan solidariti kita atas nama ISLAM.
MASA : 09/08/2008 ( SABTU ) 9.00 PAGI.
TEMPAT : BERHIMPUN DI LRT MASJID JAMEK SEBELUM BERARAK KE BANGUNAN MAJLIS PEGUAM

Kenyataan Akhbar Mengenai Bantahan Terhadap Forum Anjuran Majlis Peguam


Kenyataan Akhbar Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) berkaitan penganjuran Forum bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited” oleh Majlis Peguam

Diberitakan pada 9 Ogos 2008, Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan forum bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited” bertempat di Ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur. Dilaporkan bahawa forum tersebut akan membincangkan isu-isu kekeluargaan yang berkaitan dengan pemelukan agama Islam yang dikatakan telah banyak menimbulkan konflik dan permasalahan akibat daripada konflik bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Misalnya apabila salah seorang daripada pasangan yang bukan Islam memeluk Islam tanpa pengetahuan pasangan yang satu lagi, maka pelbagai isu perundangan telah timbul di mana pada ketika itu pasangan yang telah memeluk Islam pasti akan memilih Mahkamah Syariah manakala pasangan yang bukan Islam akan memilih Mahkamah Sivil bagi menyelesaikan kes-kes yang berbangkit. Kes-kes yang berbangkit selepas memeluk Islam ialah berkaitan perceraian, penjagaan anak, pembahagian harta dan sebagainya.

Forum tersebut adalah sesuatu yang baik sekiranya ia dibuat dengan berlandaskan disiplin ilmu yang sempurna. Namun, isu yang akan dibincangkan kelak di dalam forum ini iaitu kesan pemisahan bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah di Malaysia melalui Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan terhadap kekeluargaan, sedikit sebanyak akan melibatkan persoalan jurisprudens Islam dan hukum Fiqh Islam. Oleh itu, Majlis Peguam seharusnya faham bahawa adalah sesuatu yang tidak adil untuk membiarkan pihak yang tidak mahir tentang disiplin ilmu dan hal ehwal agama Islam untuk membincangkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Sekali lagi, Majlis Peguam juga harus menginsafi bahawa isu-isu yang hendak dibincangkan di dalam forum ini kelak tidak terhad kepada persoalan undang-undang sivil dan hak asasi manusia sahaja, ia juga turut melibatkan perundangan Islam. Oleh itu, Majlis Peguam sendiri harus menilai tentang kredibiliti Majlis Peguam untuk menganjurkan forum sebegini untuk berbahas isu-isu berkenaan Agama Islam. Tambahan pula, kes yang dibincangkan di dalam forum ini serta kes-kes lain yang akan dibangkitkan telahpun selesai dan tidak ada gunanya dibangkitkan lagi pelbagai ketidakpuasan hati mereka yang terlibat melalui forum seperti ini.

Walaupun kebebasan bersuara diikitiraf di negara ini, namun adalah dibimbangi penganjuran forum tersebut hanya akan menyebabkan timbulnya keadaan tidak harmoni dalam masyarakat jika ia tidak dapat dikawal. Majlis Peguam seharusnya menghormati umat Islam di negara ini dengan tidak menyentuh secara terbuka terhadap ajaran-ajaran yang telah ditentukan termaktub dalam agama Islam. Selain itu, isu-isu yang menyentuh tentang sistem perundangan Islam dan pihak autoriti agama Islam adalah sesuatu yang sangat sensitif di negara ini terutamanya jika ia dibincangkan secara terbuka. Kami menghormati kebebasan bersuara, namun menggunakan alasan hak kebebasan bersuara untuk menjustifikasikan tindakan yang boleh melukakan hati majoriti umat Islam di negara ini adalah sesuatu yang sangat tidak dialu-alukan.

Kecenderungan Majlis Peguam akhir-akhir ini untuk menganjurkan pelbagai diskusi dan forum berkenaan agama terutama yang menyentuh agama Islam menimbulkan persoalan tentang hala tuju dan bidang tugas Majlis Peguam. Ia juga menimbulkan persoalan tentang justifikasi yang digunapakai oleh Majlis Peguam di dalam menentukan keutamaan isu apakah yang hendak diperjuangkan. Tambahan pula di dalam negara Malaysia yang berbilang kaum dan sarat dengan pelbagai kekecohan politik, ekonomi dan sosial, peranan Majlis Peguam di dalam menganjurkan diskusi berkenaan isu-isu sebegini tidak banyak membantu di dalam menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat bahkan semakin merumitkannya.

Sebagai akhirnya, adalah lebih baik Majlis Peguam membatalkan sahaja forum tersebut kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang dibimbangi akan menjejaskan keharmonian di negara ini.

Sekian.
Muhammad Ashraf Bin Mohd Daud,
Pengerusi Jaringan Siswazah Malaysia (JASA),
No 30, Jalan 3/15, Bangi Perdana,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

(Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) adalah merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghimpunkan graduan-graduan Muslim daripada UKM.)

Thursday, August 7, 2008

Selamat Datang Ke Muktamar PAS Pusat ke-54

PAS Caw. Taman Seri Berjaya mengucapkan selamat datang kepada perwakilan-perwakilan yang akan menghadiri Muktamar Pas Pusat kali ke-54 yang akan diadakan di Ipoh buat pertama kalinya. Kepada perwakilan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai muktamar kali ini sila ke blog yang disediakan khas sempena muktamar kali ini :

http://muktamarpas54.blogspot.com/


Pergi Muktamar berduyun-duyun
Berduyun-duyun jalan seiringan
Kalau penuh Markaz song choon
Surau Al-Falah kami sediakan


Selamat bermuktamar

Selamat Datang ke Blog Parti Islam Semalaysia Caw. Taman seri Berjaya, Gopeng

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang ke blog Parti Islam Semalaysia (PAS) cawangan Taman Seri Berjaya, Gopeng. Blog ini dibina atas kesedaran betapa agenda memasyaratkan PAS dan memenuhi matlamat PAS for all memerlukan wadah yang approachable kepada segenap lapisan masyarakat. Menyedari bahawa teknologi maklumat sebagai wadah dan medium penyampaian yang mudah dan pantas, PAS cawangan Taman Seri Berjaya mengambil inisiatif untuk membina blog ini sebagai salah satu usaha penyampaian dakwah kepada masyarakat khususnya kawasan Gopeng dan Malaysia amnya.
InsyaAllah blog ini akan memuatkan program-program terkini anjuran PAS, program khidmat masyarakat, ceramah-ceramah, informasi dan berita terkini dan perlbagai lagi maklumat untuk dikongsi bersama.
Untuk warga Taman song choon, selamat berblogger...