Tuesday, December 23, 2008

PAS Jangan Apologetik

Ramai yang melihat Husam telah terperangkap dengan permainan licik Khairy Jamaluddin (KJ). dalam debat transformasi politik malaysia, husam sebenarnya tidak punya jawapan lain melainkan menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud sekiranya memerintah. malang bagi husam dan PAS, apabila jawapan tersebut dimanipulasi sepenuhnya oleh media BN utk menimbulkan semula pergeseran di kalangan parti2 dalam pakatan rakyat.

kemudiaannya husam cuna 'corner baring' untk melembutkan sedikit kenyataan dengan menyatakan bahwa hudud hnya akan dilaksanakan selepas berbincang dgn rakan2 dalam pakatan. kemyataan ini juga dimanipulasi oleh media bagi menggambarkan betapa lemahnya PAS dalam mengmbil tindakan walaupun melibatkan soal dasar parti tersebut.

PAS bagi pandangan penulis, harus tidak terlalu bersikap apologetik dalam soal hudud ini, sebagaimana DAP yg terus mmprjuangkan soal kesaksamaan semua kaum. itu adalah dasar PAS, dan parti2 lain seperti DAP juga punya matlamat serta agenda utama mereka. kalau PAS boleh menerima konsep Malaysian Malaysia diserapkan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, perak ataupun selangor, kenapa DAP tidak boleh menerima sekiranya PAS mahu melaksanakan hudud sekiranya memerintah kepada orang Islam.

PAS juga seharusnya mengajak umno utk sama-sama memperjuangkan perlksanaan hudud, walaupun kita tahu mereka ini menentang perlksanaannya setelah 50 tahun memerintah. tapi sebagaimana kata husam, soal hudud ini harus diperjuangkan bukan sahaja oleh PAS , malahan umno, sekiranya mereka benar2 mahu dilabel sebagai parti Islam.

PAS harus tidak berganjak dalam soal dasar dan prinsip. lemahnya PAS adalah kegagalan utk memberikan penerangan ttng hudud ini kepada orang Islam dan bukan Islam. sekiranya PAS sekali lagi bersikap apologetik dalam soal ini, orang Islam yg telah memberikan kepercayaan kepada PAS selama ini, mungkin tidak akan memaafkan PAS.

No comments: