Sunday, December 28, 2008

Perkhemahan Asas Unit Amal

Pada 24-24 Disember lepas, PAS Taman Song Choon telah menghantar satu rombongan kanak-kanak bawah umur utk mengikuti perkhemahan asas kadet amal kawasan gopeng. ni sebahagian dari gmbar yg dapt diambil. layan...



seorang kadet amal dngan baju freenya yang kecik



"weii..korang kalau nak kerja ngan MBI, kerja betul2. jagn main..weiii..weii..ko turun ..turun aku kata"



ni mesti nak nasyid ni, ni aku lemah ni. xkan Linkin Park betul..



"oh abahku..ko lah idolaku...."



anak en. fatah sedang merenung masa depannya bersama unit amal



kadet amal TSC sedang bergambar, menghabiskan cekodok, selak gigi, berdikir barat dan sebagainya sebelum tamat program.

Tuesday, December 23, 2008

PAS Jangan Apologetik

Ramai yang melihat Husam telah terperangkap dengan permainan licik Khairy Jamaluddin (KJ). dalam debat transformasi politik malaysia, husam sebenarnya tidak punya jawapan lain melainkan menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud sekiranya memerintah. malang bagi husam dan PAS, apabila jawapan tersebut dimanipulasi sepenuhnya oleh media BN utk menimbulkan semula pergeseran di kalangan parti2 dalam pakatan rakyat.

kemudiaannya husam cuna 'corner baring' untk melembutkan sedikit kenyataan dengan menyatakan bahwa hudud hnya akan dilaksanakan selepas berbincang dgn rakan2 dalam pakatan. kemyataan ini juga dimanipulasi oleh media bagi menggambarkan betapa lemahnya PAS dalam mengmbil tindakan walaupun melibatkan soal dasar parti tersebut.

PAS bagi pandangan penulis, harus tidak terlalu bersikap apologetik dalam soal hudud ini, sebagaimana DAP yg terus mmprjuangkan soal kesaksamaan semua kaum. itu adalah dasar PAS, dan parti2 lain seperti DAP juga punya matlamat serta agenda utama mereka. kalau PAS boleh menerima konsep Malaysian Malaysia diserapkan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, perak ataupun selangor, kenapa DAP tidak boleh menerima sekiranya PAS mahu melaksanakan hudud sekiranya memerintah kepada orang Islam.

PAS juga seharusnya mengajak umno utk sama-sama memperjuangkan perlksanaan hudud, walaupun kita tahu mereka ini menentang perlksanaannya setelah 50 tahun memerintah. tapi sebagaimana kata husam, soal hudud ini harus diperjuangkan bukan sahaja oleh PAS , malahan umno, sekiranya mereka benar2 mahu dilabel sebagai parti Islam.

PAS harus tidak berganjak dalam soal dasar dan prinsip. lemahnya PAS adalah kegagalan utk memberikan penerangan ttng hudud ini kepada orang Islam dan bukan Islam. sekiranya PAS sekali lagi bersikap apologetik dalam soal ini, orang Islam yg telah memberikan kepercayaan kepada PAS selama ini, mungkin tidak akan memaafkan PAS.

Monday, December 22, 2008

Komen TGNA pasei papan tanda bahasa cina




”Di Malaysia, kita izinkan cina buat surat khabar sendiri. Buat siaran radio sendiri. Izinkan mereka bercakap bahasa mereka sendiri. Tahu-tahu kita larang mereka hendak tulis tulisan mereka di papan tanda. Kan pelik?”

Sesungguhnya terciptanya bangsa ini bukanlah kehendak diri masing-masing, bahkan ianya adalah ketentuan ilahi yang tidak boleh dinafikan lagi. Tidak ada orang itu dilahirkan sebagai bangsa melayu disebabkan dia sendiri minta menjadi melayu. tidak ada orang yang dilahirkan cina disebabkan dia sendiri minta menjadi cina. Begitulah seterusnya. (Sumber: http://4-g-bakistani.blogspot.com)

hahhaah..ni teman suke bila tuan guru jawab ni..sempoii!

Wednesday, December 17, 2008

TGNA



pemikiran orang tua ni cukup menakjubkan, dalam politik ataupun soal fiqah. mungkin betullah kata orang TGNA is one in a billion

Tuesday, December 16, 2008

Bantah



SELAMATKAN BAHASA MELAYU, SELAMATKAN ANAK BANGSA, SELAMATKAN MASA DEPAN MEREKA. BANTAH PPSM!!

Thursday, December 11, 2008

MB Perak bermandi darah...



MB Perak, Ir. Nizar terpaksa bermandi darah ketika menyembelih lembu. x silap teman kat Kg. Seri Rahmat ni, sebab yg macam best pegang lmbu tu tok sidang..hehehe

Tuesday, December 9, 2008

Dialog Bersama Ust. Mujahid Yusuf Rawa



PROGRAM HI-TEA & DIALOG BERSAMA UST. MUJAHID YUSUF RAWA

Ahli Parlimen Bagan Serai

Tempat : Dewan Dato Ahmad Said, Sungai Rokam, Ipoh.

Tarikh dan Masa : Sabtu 13 Disember 2008 Jam: 3.00 ptg.

Pendaftaran Masuk : RM10.00 sahaja

Untuk maklumat lanjut sila hubungu Urus Setia Penganjur :
019 5710964 - Tn Hj Azlan
0195718452 -Tn Hj Zulkifli Tapsiron.

anjuran :
Pusat Khidmat Komuniti Dun Sungai Rapat


Friday, December 5, 2008

Satu lagi laman blog telah diterbitkan dengan jenama PERAKINI . Ianya merupakan satu permulaan langkah untuk menggabungkan idea-idea antara blogger Perak yang terpilih sahaja.

Diperingkat terkini, antara laman blog yang bergabung dalam jaringan Perakini ialah :Menteri Besar , Cina Islam , Misbahul Munir , Malaya Kita-Anuar Hashim , Perakdaily , Ajijoi , Telokbakong , Pastambun , Budak Ipoh Timur , AnakSengat , Bumiperak , Warta Sg Rapat dan Al-Husseyn.

Laman blog ini akan menumpukan kepada maklumat Pakatan Rakyat Perak.Mengikut moderatornya, sesiapa sahaja pun boleh meghantar berita dengan menghantar artikel atau maklumat ke alamat email : perakini@gmail.com . Apalagi, ayuh layarilah blog itu di sini

Catatan: diambil dari blog tok sidang cikgu ali.

Wednesday, December 3, 2008

Azam baru

sempena menyambut tahun baru 2009 ni, moderator blog pas taman song choon akan meng'up'kan motivasi kami utk sentiasa meng'update'kan blog ni. selama ni bukan apa, saje test ada x org perasaan ada blog pas cawangan ni, ader ler jugak yg tegur, "kenapei yob, x diupdate blog kome?" kate deme. jadik, bagi menyahut seruan meng'IT' kan jemaah pas maka blog ini akan diluncurkan dengan matlumat terkini dari dalam dan luar negeri perak.

blog ini juga akan berfungsi sebagai medium utk menyampaikan maklumat oleh kerajaan negeri. ianya juga turut akan diisi dgn matlumat terkini program2 pas taman song choon dan surau al-falah.

lagi satu selain memberi penerangan dan matlumat, blog ini juga akan di'berani'kan utk mengkritik kerajaan negeri sekiranya ada tindakan atau langkah kerajaan negeri yg dirasakan merugikan rakyat negeri perak.

jadi yob, kalau ada yg terase tu, kami minta maaf la, tapi niat cume utk membaiki utk kepentingan bersama...ok yob?