MB UMUM BONUS Hari ini seluruh warga pegawai kakitangan awam negeri Perak menyambut gembira pengumuman bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM 1200 yang diumumkan oleh YAB MB Perak ,Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap dalam majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan. Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hariraya ini. Pengumuman ini membuktikan kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya terhadap kesan kos hidup yang semakin tinggi. Pemberian ini juga berlainan dengan pemberian bonus kepada pegawai persekutuan yang diberikan secara beperingkat sebanyak dua kali. Bonus ini juga merupakan penerusan dasar Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan belanjawan 2009 yang di buat oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. |
Thursday, September 11, 2008
Bonus untuk kome!
Wednesday, September 10, 2008
HOT ! ‘MAD COW DISEASE’ DI PULAU PINANG Kenyataan akhbar Kesatuan Nasi Kandar dan Nasi Bungkus Pulau Pinang telah meminta masyarakat Pulau Pinang agar jangan ‘memboikot’ warong dan restaurant nasi kandar.
Kenyataan ini juga telah menafikan yang ahli-ahli mereka terlibat dalam penjualan kari daging yang diberitakan telah membawa ‘ mad cow disease’. Khabar-khabar angin tentang nasi kandar adalah punca ‘mad-cow disease’ ini bermula apabila orang ramai terutama penduduk Pulau Pinang melihat kelakuan seorang yang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang mamak telah melocat-loncat dan mengoyak-ngoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sir Richard Gelimard pakar perubatan dari Holborn Hospital London telah menerangkan bahawa Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), lebih di kenali sebagai Mad-Cow Disease (MCD), amat bahaya dan boleh membawa maut.
Menurut Sir Gelimard yang telah menyelidiki penyakit ini semenjak tahun 1986 berkata bahawa tanda-tanda awal penyakit ini ialah meloncat-loncat dan menyiat-nyiatkan kertas-kertas. Kadang kala orang yang di hinggapi oleh penyakit ini akan menjerit beramai-ramai.Berita yang masih belum di sahkan ini masih lagi sedang mencari siapakah dia lelaki yang terjerit-jerit dan terloncat-loncat itu. Adakah ianya Melayu atau Mamak.
Dipetik dari blog bro. Isham http://www.tukartiub.blogspot.com
Monday, September 8, 2008
Kuliah Subuh MB
Pagi sabtu lepas, YAB MB Perak, Dato' Seri Ir. Nizar telah mengadakan satu tazkirah subuh di Masjid Raja Dr. Nazrin Syah, Kampung Rapat Jaya Tambahan. Bagi sesiapa yang tak biasa dengan tempat ni, pasti ragu-ragu untuk mengikuti papan tanda dari jalan utama. Kerana sebelum sampai ke masjud berkenaan, mereka perlu melalui jalan ditengah-tengah perkuburan cina sepanjang lebih kurang 2 kilometer. Jalan dah lah kecik, kalau sensorang, mahu pecut 180km dibuatnyer yob.
walaubagaimanapun kuliah pada subuh itu telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang jemaah sekitar kampung Rapat Jaya Tambahan. Yang pastinya ahli-ahli Pas Taman Song Choon tidak ketinggalan diketuai oleh ketua cawangan, Imam Zulkifli Tafsiron. Kehadiran sebegitu ramai warga Taman Song Choon menggambarkan betapa kuatnya kubu Pas di taman ini walaupun penduduk melayu adalah majoriti.
Mungkin MB boleh luangkan masa, jenguk-jenguklah kami di taman song choon. InsyaAllah, chief chef kami, Pak Di akan menyediakan kopi paling kaw untuk YAB.
Friday, September 5, 2008
Solat & Kuliah Subuh Bersama MB Perak
Assalamualaikum Umat Islam dijemput untuk bersama-sama datang ke Masjid Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, pada esok hari untuk bersama-sama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin menunaikan solat subuh seterusnya mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh beliau sendiri pada 06/09/2008 ( Sabtu ). Harap diwar-warkan kepada semua. |
Wednesday, September 3, 2008
Bantuan Kepada SAR Dan Sekolah Cina
Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.
Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.
Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.
Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.
Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?
Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.
Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.
Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.
Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.
Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.
Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.
Dipetik dari Blog Ustaz Misbah |