Wednesday, January 7, 2009

Berpindah

Salam.
atas sebab2 teknikal, pastsc telah berpindah ke rumah baru. sori yob. moh ler kite ke sane ye

http://pastsc.blogspot.com

Pas Song Choon

Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Thursday, January 1, 2009

Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Rejim Yahudi

29/12/2008- PAS Taman Song Choon telah menghantar beberapa orang wakil ke Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Rejim Yahudi yang diadakan di Masjid Jalan Diary. Tapi agak mendukacitakan juga melihat kehadiran umat Islam yang seolah-olah tidak terpanggil untuk sama-sama menyatakan rasa benci dan marah terhadap tindakan zalim rejim yahudi keatas umat Palestin. Begitu juga dengan sikap pemandu-pemandu kenderaan yang kurang memberikan respon walaupun hanya perlu membunyikan hon kenderaan. Namun bagi yang biasa ke perhimpunan-perhimpunan aman dan tidak aman, memang merasakan ada sesuatu kekurangan dalam perhimpunan itu..apa yaa?







Sunday, December 28, 2008

Perkhemahan Asas Unit Amal

Pada 24-24 Disember lepas, PAS Taman Song Choon telah menghantar satu rombongan kanak-kanak bawah umur utk mengikuti perkhemahan asas kadet amal kawasan gopeng. ni sebahagian dari gmbar yg dapt diambil. layan...



seorang kadet amal dngan baju freenya yang kecik



"weii..korang kalau nak kerja ngan MBI, kerja betul2. jagn main..weiii..weii..ko turun ..turun aku kata"



ni mesti nak nasyid ni, ni aku lemah ni. xkan Linkin Park betul..



"oh abahku..ko lah idolaku...."



anak en. fatah sedang merenung masa depannya bersama unit amal



kadet amal TSC sedang bergambar, menghabiskan cekodok, selak gigi, berdikir barat dan sebagainya sebelum tamat program.

Tuesday, December 23, 2008

PAS Jangan Apologetik

Ramai yang melihat Husam telah terperangkap dengan permainan licik Khairy Jamaluddin (KJ). dalam debat transformasi politik malaysia, husam sebenarnya tidak punya jawapan lain melainkan menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud sekiranya memerintah. malang bagi husam dan PAS, apabila jawapan tersebut dimanipulasi sepenuhnya oleh media BN utk menimbulkan semula pergeseran di kalangan parti2 dalam pakatan rakyat.

kemudiaannya husam cuna 'corner baring' untk melembutkan sedikit kenyataan dengan menyatakan bahwa hudud hnya akan dilaksanakan selepas berbincang dgn rakan2 dalam pakatan. kemyataan ini juga dimanipulasi oleh media bagi menggambarkan betapa lemahnya PAS dalam mengmbil tindakan walaupun melibatkan soal dasar parti tersebut.

PAS bagi pandangan penulis, harus tidak terlalu bersikap apologetik dalam soal hudud ini, sebagaimana DAP yg terus mmprjuangkan soal kesaksamaan semua kaum. itu adalah dasar PAS, dan parti2 lain seperti DAP juga punya matlamat serta agenda utama mereka. kalau PAS boleh menerima konsep Malaysian Malaysia diserapkan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, perak ataupun selangor, kenapa DAP tidak boleh menerima sekiranya PAS mahu melaksanakan hudud sekiranya memerintah kepada orang Islam.

PAS juga seharusnya mengajak umno utk sama-sama memperjuangkan perlksanaan hudud, walaupun kita tahu mereka ini menentang perlksanaannya setelah 50 tahun memerintah. tapi sebagaimana kata husam, soal hudud ini harus diperjuangkan bukan sahaja oleh PAS , malahan umno, sekiranya mereka benar2 mahu dilabel sebagai parti Islam.

PAS harus tidak berganjak dalam soal dasar dan prinsip. lemahnya PAS adalah kegagalan utk memberikan penerangan ttng hudud ini kepada orang Islam dan bukan Islam. sekiranya PAS sekali lagi bersikap apologetik dalam soal ini, orang Islam yg telah memberikan kepercayaan kepada PAS selama ini, mungkin tidak akan memaafkan PAS.

Monday, December 22, 2008

Komen TGNA pasei papan tanda bahasa cina




”Di Malaysia, kita izinkan cina buat surat khabar sendiri. Buat siaran radio sendiri. Izinkan mereka bercakap bahasa mereka sendiri. Tahu-tahu kita larang mereka hendak tulis tulisan mereka di papan tanda. Kan pelik?”

Sesungguhnya terciptanya bangsa ini bukanlah kehendak diri masing-masing, bahkan ianya adalah ketentuan ilahi yang tidak boleh dinafikan lagi. Tidak ada orang itu dilahirkan sebagai bangsa melayu disebabkan dia sendiri minta menjadi melayu. tidak ada orang yang dilahirkan cina disebabkan dia sendiri minta menjadi cina. Begitulah seterusnya. (Sumber: http://4-g-bakistani.blogspot.com)

hahhaah..ni teman suke bila tuan guru jawab ni..sempoii!

Wednesday, December 17, 2008

TGNA



pemikiran orang tua ni cukup menakjubkan, dalam politik ataupun soal fiqah. mungkin betullah kata orang TGNA is one in a billion

Tuesday, December 16, 2008

Bantah



SELAMATKAN BAHASA MELAYU, SELAMATKAN ANAK BANGSA, SELAMATKAN MASA DEPAN MEREKA. BANTAH PPSM!!